Sunday 7 December 2014
Latihan
Padankan perkataan yang sama ertinya.
1. carik wajah
2. kedekut nilai
3. mutu pangku
4. lewat timbang
5. usaha ikhtiar
6. hakikat halau
7. tamak kecundang
8. karib tenang
9. usir lawat
10. tewas karya
11. paras realiti
12. musnah jahanam
13. was-was jeling
14. ciptaan ikrab
15. neraca ragu-ragu
16. ziarah koyak
17. hening lambat
18. kerling telaga
19. riba haloba
20. sumur bakhil
Padankan perkataan yang sama ertinya.
1. carik wajah
2. kedekut nilai
3. mutu pangku
4. lewat timbang
5. usaha ikhtiar
6. hakikat halau
7. tamak kecundang
8. karib tenang
9. usir lawat
10. tewas karya
11. paras realiti
12. musnah jahanam
13. was-was jeling
14. ciptaan ikrab
15. neraca ragu-ragu
16. ziarah koyak
17. hening lambat
18. kerling telaga
19. riba haloba
20. sumur bakhil
Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud. Sebagai contoh perkataan jika sama
ertinya dengan andai. Contoh lain ialah dekad dengan dasawarsa,
atau tamadun dengan peradaban.
Perhubungan Sinonim Perhubungan Sinonim ialah perhubungan makna di antara kata yang
mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh
penggunaannya di dalam konteks yang berlainan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah
unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek
dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu. Contoh:
·
Mati
·
Mampus
·
kojol
·
meninggal
·
wafat
·
mangkat
·
kembali ke rahmatullah
·
kerpus
·
modar
·
Basi
·
Rosak
·
busuk
·
Jemput
·
Pelawa
·
Undang
·
sila.
Sinonim ialah unsur yang selalu di dapati di semua bahasa
dan konteks yang berlainan, mewujudkan perhubungan sinonim yang berbeza di
antara satu bahasa dan lain.
kesan : tanda/ bekas/ jejak/ cap/ tikas
binatang : haiwan
perangai : tingkah laku/ kelakuan
mangsa : korban
rajin : tekun / bersungguh-sungguh
kagum : hairan/ aneh/ luar biasa
roboh : runtuh/ tumbang/ rebah
kacau : kusut/ gaul/ gelisah/ huru-hara
seteru : musuh/ lawan/ tandingan
bukti : saksi/ keterangan/ hujah/ dalil
seperti : macam/ laksana/ ibarat/ umpama/ bak/ bagaikan/ serupa
gemar : suka/ cenderung/ minat/ ingin
carik : koyak/ sobek/ robek/ cabik
sawah : ladang/ bendang/ paya
dahaga : haus
lontar : baling/ humban
bangkit : bangun
jendela: tingkap
akal : fikiran/ intelek/ minda
amanat : wasiat/ pesan/ titipan/ nasihat
ikhtiar : usaha/ upaya
bocor: lobang/ tiris/ berlubang
usia : umur
bongkak : sombong
dusta : bohong/ tipu
gugur : jatuh/ luruh/ cicir/ tanggal
wafat : meninggal/ mati/ mangkat
zalim : kejam/ tidak adil/ buas
hikayat : kisah/ riwayat/ cerita/ rawi
azab : balasan/ hukuman/ seksaan
ikrar ; janji
luntur : pudar/ kabur
usang : kuno/ lama/ lapuk/ buruk
surat : warkah/ watikah
kebun : dudun/ ladang/ taman
untung : laba/ nasib baik/ habuan
lelap : tidur
payah : sukar/ susah
teladan : panduan/ contoh/ model/ pedoman/ nasihat/ ikhtibar/ pengajaran
diam : senyap
arah : tujuan/ hala/ haluan/ kiblat
cipta : reka
lancar : fasih/ petah/ cekap/ pantas
mesti : harus/ wajib/ patut/ wajar/ tetap/ perlu/ tentu
cahaya : sinaran/ pancaran/ nur
besar : dewasa/ matang/ agung
jual : niaga/ berjaja
masa : waktu/ detik/ ketika/ saat/ jam/ zaman/ tempoh
pelihara : jaga / bela
derma : dana/ sedekah/ huluran/ sumbangan/ pemberian/ bantuan/ wakaf
cekap : mahir/ mampu/ pandai/ sanggup
redup : beransur kurang/ reda/ teduh
palsu : tiruan/ ciplak/ celup
lenyap : hilang/ lesap/ luput/ sirna
jamuan : hidangan/ juadah
lagu : nyanyian/ senandong/ irama/ nada/ rentak
tumbang : jatuh/ rebah/ runtuh/ roboh
berita : khabar
lubang : lopak/ rongga
cakap : kata/ bicara
mustahak : penting
muncul : tiba/ terbit/ lahir/ keluar
baling : lempar/ humban
alas : lapik/ lapis
cantum : sambung
bocor : tiris/ berlubang
johan : juara/ menang/ berjaya
lambang : bentuk/ logo/ simbol
disajikan : dihidangkan/ disediakan
juadah : makanan/ jamuan
milik : hak/ kepunyaan
luka : cedera
hitung : kira/ bilang
bomoh : dukun
kritikan : komen/ teguran
meneka : menduga/ mengagak
selidik : siasat
tujuan : arah/ hajat
beku : keras/ pejal/ kental/ pekat
layang-layang : kikik
bergotong-royong : bantu-membantu, bekerjasama, tolong-menolong
merosakkan : membinasakan
mendidik : mengajar
Selamat Datang Ke Blog Cikgu Badariah
Blog ini dibangunkan dengan satu matlamat
membantu murid-murid sekolah rendah menambahkan ilmu pengetahuan tentang sinonim, mencapai kecemerlangan
dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman serta mendapat keputusan yang cemerlang
dalam Peperiksaan UPSR.
Blog ini mengaplikasikan
teknologi bagi membantu murid-murid mendapatkan ilmu pengetahuan bagi menghadapi peperiksaan. Melalui blog ini
murid-murid dapat mengulang kaji melalui nota, video, latihan, kuiz,
skema dan mempelajari sesuatu melalui pembelajaran
multimedia.
Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid
menambahkan ilmu pengetahuan, keseronokan belajar serta memberi faedah
kepada sesiapa sahaja yang melayarinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)